Bilik BBM Penuh dengan Tarikan.

Hai semua..

Pinjaman Bahan Bantu Mengajar yang ada di sini. Guru dan murid boleh datang dan meminjam segala bahan yang ada di sini untuk pelbagai tujuan. ” Open for All “

Lokasi : Aras 3, Bilik Paling Hujung bersebelahan Studio Tv Pss

Yang menariknya segala rekod pinjaman direkod secara digital.

JOM guru-guru dan semua murid SMKPK.. kunjungi BILIK BBM dan manfaatkan apa yang ada untuk kebaikkan bersama.

SMK Padang Kemunting

Mencegah Jenayah

Pada 7 Januari 2020 pihak pengurusan SMKPK telah menjemput ASP Noor Halim Bin Nordin Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Terengganu, DSP Najuri Bin Saibon Pegawai Terus Kepolisan Komuniti Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselmatan Komuniti IPK Terengganu serta Inspektor Mohamad Hishahm Bin Nordin Inspektor Pengangkutan Ibu Pejabat Polis Daerah( Pegawai Perhubungan Sekolah) untuk memberikan ceramah berkaitan jenayah kepada warga pelajar di SMKPK.

Wah ! ‘Upgrade’ Taman Herba SMKPK

Nampaknya Taman herba semakin cantik. Inisiatif daripada guru taman herba, guru pertanian sekolah dan staf, Taman Herba As Syifa dalam proses penambahbaikkan dengan penyemaian biji benih semula dan juga Pembinaan Pondok Istirehat di sana.

Segala kerja tambah baik ini telah dijalankan bersama di waktu cuti sekolah akhir tahun 2019. Semangat ya cikgu-cikgu ni.

Jadi, apa tunggu lagi. Proses PDPC amatlah sesuai untuk guru-guru sains terutamanya menunjukkan koleksi tumbuhan sebenar di sini.

Murid pula boleh menambah ilmu pengetahuan dengan membaca pelbagai info menarik dan terkini di sini.

Selamat datang ke Taman Herba As Syifa SMK padang Kemunting.

Jom Warga SMKPK, manfaatkan kemudahan yang kita ada. Kunjungi Taman Herba dan pelajari sesuatu di sana.

Tahniah! Pemenang Peminjam Buku Pertama

Hadiah Pin Baju beserta sijil untuk Peminjam Buku Pertama Tahun 2020

Khadeja Batrisya Bt Mohd Asri, tingkatan 1 Etika

Nur Iqmal Yani Ismadi, tingkatan 1 Etika

Kejutan setelah meminjam buku di PSS Kemunting

Jom pinjam buku di PERPUSTAKAAN KEMUNTING. ‘Aktifkan minda anda dengan membaca’

#LetsReadGuys

#PssKemuntingBest

Adakah ANDA Peminjam Buku Pertama t2020

Pertandingan Peminjam Buku Pertama di Perpustakaan & Pengunjung Pertama diadakan sempena pembukaan PSS tahun 2020 bagi menggalakkan penggunaan PSS.

Tempoh pertandingan BERMULA 1 – 31 JANUARI 2020

Terbuka kepada semua warga SMKPK

Jadi apa tunggu lagi, Jom serbu Perpustakaan dan pinjam buku. Kami sudah membuka perkhidmatan seawal minggu pertama pembukaan sekolah.

#BangsaMembacaBangsaBerjaya

Gunakan segala kemudahan yang disediakan untuk kemenjadian warga sekolah….