MEMBELA SYIAR KESULTANAN ACEH

Assalamualaikum..
Buku pada hari ini bertajuk MEMBELA SYIAR KESULTANAN ACEH.. Buku ini menarik kerana ianya menceritakan tentang Negara Aceh yang dilanda musibah. Para pelajar dan guru boleh berkunjung ke perpustakaan SMK PADANG KEMUNTING untuk meminjam buku ini. 📚

Terengganu berentap di NILAM KEBANGSAAN!

Anugerah NILAM Kebangsaan
5-6 Ogos 2020
Sama-sama kita doakan kejayaan mereka. Kejayaan Terengganu juga. 
** Dua daripada mereka adalah pengacara Tv Pss Terengganu

Adik-adik ini menjadi contoh ikutan kepada golongan muda untuk turut jadikan amalan membaca sebagai tabiat. Ayuh kita cari sebuah buku sehari untuk mengisi minda kita dengan ilmu.

#JomPinjamBukuDiPssKemuntingSMKPK

#NilamKebangsaan
#BangsaMembacaBangsaBerjaya

Ebook percuma untuk perpustakaan maya

15 EBOOK PERCUMA UNTUK PERPUSTAKAAN MAYA

Mesej ini khas buat guru yang menguruskan perpustakaan.

From BLINK BOOK.

15 E-Book PERCUMA BLINK

Semua boleh klik link ini untuk download :

https://bit.ly/15EbookPSS

https://bit.ly/15EbookPSS

https://bit.ly/15EbookPSS

Cikgu boleh forwardkan post dan link ini kepada rakan-rakan GPM yang lain. Moga memberikan manfaat kepada lebih banyak perpustakaan.

Terima kasih

Boleh dapatkan juga ebook ini di perpustakaan Kemunting SMKPK. JOM KUNJUNGI PSS KEMUNTING SAMBIL MEMBACA EBOOK INI..

NOVEL NARATIF OGINSHOTO OLEH ANWAR RIDHWAN

Buku ini mempunyai banyak nilai murni. Buku ini juga sesuai untuk semua pelajar.

1. Keberanian. Contoh; Sewaktu berumur tujuh tahun Presiden berani menaiki sebuah kapal ke Eropah.
2. Ketabahan. Contoh; Sewaktu kecil semasa di eropah presiden Tabah menjalani kehidupan di walaupun menjadi bahan jenaka dan usikan.
3. Tolong-menolong; Presiden dan tiga rakannya ditolong oleh penduduk Ogonshoto semasa perahu mereka dilanda ribut taufan.
4. Kasih sayang. Contoh; Presiden sayangkan ibunya misalnya memeluk lutut ibunya.
5. Kesederhanaan. Contoh;bagi rakyat Ogonshoto hidup dengan pelajaran sederhana, ada rumah kecil,cukup pakaian, cukup makanan.

NOVEL KUNANG PERSISIR MORTEN OLEH RAIHA BAHAUDIN

Buku ini sangat sesuai dibaca oleh pelajar dan banyak memberi pengajaran

Buku ini membawa pembaca ke zaman kanak-kanak yang penuh dengan keindahan dan pengembaraan. Bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk merasai suasana kampung samada dilahirkan di bandar atau dilanda banjir kemodenan, buku ini amat sesuai dibaca.
Pembaca dikenalkan dengan watak Dhia dan Adi, 2 ‘pengembara’ cilik di Kampung Morten, pesisir Sungai Melaka yang saban hari terus ceria menelusuri kehidupan mereka sebagai masyarakat kelas kedua. Maksud kelas kedua di sini tidak bermaksud sebagai pengkastaan bangsa, tetapi kedudukan. Mengangkat tema perpaduan kaum sebagai topik utama, pengkastaan bangsa tidak seharusnya masuk dalam glosari pembaca.Selamat membaca.

AKTIVITI MENGALAKKAN PELAJAR MEMBACA BUKU

Setiap pelajar digalakkan untuk memulakan hari dengan buku, buku merupakan sumber pertama untuk mendapatkan ilmu..

https://youtu.be/eRFwejXcQyc

Di negara ini terdapat banyak bahan bacaan seperti surat khabar, buku, majalah dan sebagainya malah juga di alam maya. Kebaikan membaca ialah pelajar dapat mengetahui tentang isu – isu semasa berkaitan dengan ekonomi, politik dan sosial..

Para pelajar boleh menyertai pertandingan seperti mengarang pantun, syair dan sajak. Dengan pertandingan ini pelajar dapat belajar benda baharu dan juga dapat menunjukkan bakat yang tersimpan itu