Assalamualaikum.. Buku pada hari ini bertajuk MEMBELA SYIAR KESULTANAN ACEH.. Buku ini menarik kerana ianya menceritakan tentang Negara Aceh yang dilanda musibah. Para pelajar dan guru boleh berkunjung ke perpustakaan SMK PADANG KEMUNTING untuk meminjam buku ini. 📚
Tadaaaa… … BUKU BAHARU …📚 Antara buku yang menarik di Perpustakaan Kemunting SMKPK.. Boleh singgah dan dapatkan (pinjam) segera di sini.. Kami sentiasa menunggu kehadiran anda.. 😊
Anugerah NILAM Kebangsaan 5-6 Ogos 2020 Sama-sama kita doakan kejayaan mereka. Kejayaan Terengganu juga. ** Dua daripada mereka adalah pengacara Tv Pss Terengganu
Adik-adik ini menjadi contoh ikutan kepada golongan muda untuk turut jadikan amalan membaca sebagai tabiat. Ayuh kita cari sebuah buku sehari untuk mengisi minda kita dengan ilmu.
kempen #dudukrumahbacabuku telah pun melabuhkan tirai pada 8 Julai 2020.Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah memberi kerjasama dan sokongn yang terbaik..
Buku ini mempunyai banyak nilai murni. Buku ini juga sesuai untuk semua pelajar.
1. Keberanian. Contoh; Sewaktu berumur tujuh tahun Presiden berani menaiki sebuah kapal ke Eropah. 2. Ketabahan. Contoh; Sewaktu kecil semasa di eropah presiden Tabah menjalani kehidupan di walaupun menjadi bahan jenaka dan usikan. 3. Tolong-menolong; Presiden dan tiga rakannya ditolong oleh penduduk Ogonshoto semasa perahu mereka dilanda ribut taufan. 4. Kasih sayang. Contoh; Presiden sayangkan ibunya misalnya memeluk lutut ibunya. 5. Kesederhanaan. Contoh;bagi rakyat Ogonshoto hidup dengan pelajaran sederhana, ada rumah kecil,cukup pakaian, cukup makanan.
Buku ini sangat sesuai dibaca oleh pelajar dan banyak memberi pengajaran
Buku ini membawa pembaca ke zaman kanak-kanak yang penuh dengan keindahan dan pengembaraan. Bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk merasai suasana kampung samada dilahirkan di bandar atau dilanda banjir kemodenan, buku ini amat sesuai dibaca. Pembaca dikenalkan dengan watak Dhia dan Adi, 2 ‘pengembara’ cilik di Kampung Morten, pesisir Sungai Melaka yang saban hari terus ceria menelusuri kehidupan mereka sebagai masyarakat kelas kedua. Maksud kelas kedua di sini tidak bermaksud sebagai pengkastaan bangsa, tetapi kedudukan. Mengangkat tema perpaduan kaum sebagai topik utama, pengkastaan bangsa tidak seharusnya masuk dalam glosari pembaca.Selamat membaca.
Di negara ini terdapat banyak bahan bacaan seperti surat khabar, buku, majalah dan sebagainya malah juga di alam maya. Kebaikan membaca ialah pelajar dapat mengetahui tentang isu – isu semasa berkaitan dengan ekonomi, politik dan sosial..
Para pelajar boleh menyertai pertandingan seperti mengarang pantun, syair dan sajak. Dengan pertandingan ini pelajar dapat belajar benda baharu dan juga dapat menunjukkan bakat yang tersimpan itu