Maklumat Pengelasan Dewey memudahkan mencari buku di perpustakaan – GPM Nooraida (live)

Alhamdulillah selesai sudah perkongsian secara online dan ‘live’daripada GPM SMKPK, Cikgu Nooraida tadi selama 45 minit. Antara yang menariknya dimana jika kita mengetahui kod pengelasan dewey antara 000 hingga 900 , ia akan memudahkan kita dalam pencarian lambakan buku di mana-mana perpustakaan di dunia ini. Satu perkongsian yang santai dan padat disertai daripada pelbagai lapisan umur. Terima kasih atas anjuran PSS Kemunting SMKPK diwaktu PKP ini yang sangat bermanfaat.

Pembelajaran digital PSS Kemunting SMK Padang Kemunting menggunakan aplikasi ‘google meet’. Tahniah

‘live’

Jom ‘join’ live bersama GPM Nooraida malam esok

PSS Kemunting (SMK Padang Kemunting) akan berkongsi secara ‘live’ berkaitan KEMAHIRAN PERPUSTAKAAN pada malam esok (25 Mac 2020 | 9 malam) bersama GPM Cikgu Nooraida Abd Rahman. Hanya menggunakan telefon, anda boleh install GOOGLE MEET terlebih dahulu ya.

Stay at home, inilah perkongsian secara digital anjuran PSS Kemunting SMKPK diwaktu PKP.

Jangan ketinggalan ya. Nantikan LINK yang akan diberikan 5 atau 10 minit sebelum bermula ‘live’ di Blog SMK Padang Kemunting, FB Spark Channel & Instagram Spark Channel.

Perkongsian Ilmu TV PSS

11 Mac 2020, Spark Tv Channel SMKPK telah didatangi oleh Kru Galaxy Channel SMK Batu Rakit dalam satu program jaringan dan jalinan TV PSS TERENGGANU. Di sini kami telah berkongsi tatacara etika kewartawanan, pengacaraan serta selok belok dalam suntingan video. Seramai 15 kru dan 3 guru di sambut dan diuruskan semuanya oleh pelajar / kru spark Channel sendiri dalam melebarkan lagi kemenjadian pelajar di Terengganu dalam skill komunikasi dan ‘broad casting’. Selamat Maju Jaya Galaxy Channel!

Jom Baca Ebuku!

Pada era globalisasi ini, masyarakat kurang menelaah bahan bacaan bukan kerana leka dengan gadget pada masa kini. Tetapi mereka sebenarnya mengakses aplikasi Ebuku di mana aplikasi ini mampu diakses oleh semua lapisan masyarakat di mana-mana sahaja mahupun dirumah.

Anda boleh muat turun aplikasi ini di google playstore dan appstore. Selamat membaca! Stay safe!