1 Buku 1 Hari Boh..

ANAK ‘GANU BACA.. itulah saranan daripada Pengarah JPNT sendiri sempena Pelancaran Bulan Membaca peringkat Negeri Terengganu 2020. Justeru PSS Kemunting SMKPK amatlah menyokong usaha ini sesuai dengan waktu PKP ini. Bahan bacaan digital boleh diakses di laman sosial atau di mana-mana sahaja sekarang. Ia sebenarnya adalah antara amalan utama orang berjaya.

Selain dapatan ilmu, bagi pelajar digalakkan merekodkan bacaan anda dalam buku nilam secara tak langsung dapat markah juga.

#dudukdhumohbaca. #REKODBACAANNILAM #bulanAprilbulanmembaca

‘Angle’ kamera memberi kesan tertentu pada suatu ‘scene’ video -Cikgu Rudy ‘LIVE’

‘Live’ jam 9.15 – 10.45 mlm ( 26 Mac 2020 ). Perkongsian ‘Angle Rakaman Tv Pss’ bersama Cikgu Rudy & Spark Channel.

Selesai sudah satu jam setengah ‘live’ bersama Cikgu Rudy dan team Spark Channel Tv Pss Padang Kemunting dengan perkongsian secara online (google sheet) disertai lebih kurang 40 peserta. Rupanya pelbagai sudut rakaman boleh digunakan dengan tepat/bersesuaian dengan ‘scene’ sesebuah video pendek agar memberi ‘effect’ sepenuhnya pada video tersebut.

Sudut rakaman seperti “eye angle” pula biasanya untuk rakaman pengacara, pembaca berita, temuramah dan sebagainya

“EYE ANGLE” rakaman yang sejajar dengan ‘level’ mata subjek sesuai untuk sesi rakaman pembaca berita, temuramah.

Antara lain yang dikongsikan ialah Bird Eye Angle, High & Low Angle, Frog Eye Angle, Close Up dan OSS.

SYAFIQ SAHARI (kru Spark Channel), 17 tahun mengambil peluang untuk berkongsi bersama dengan begitu banyak ilmu dan pengalaman yang diluahkan terutama setelah berkecimpung dalam dunia penyiaran TV PSS Terengganu. Ini merupakan nilai tambah baginya yang tidak dapat dipelajari sewaktu dalam kelas. Ia juga telah membuka minda dan ruang untuk dia berkomunikasi dengan yakin apabila berdepan dengan khalayak. Tahniah Syafiq (spontan).

Terima Kasih kepada semua yang terlibat. Penghargaan buat Haji Akram (Pengasas TV PSS Terengganu), Cikgu Ja dan Encik Fairuz. Praktikkan sudut rakamn yang betul agar dapat menaikkan ‘level’ TV Pss Terengganu ke tahap yang lebih baik. Jumpa lagi.

Akses BUKU TEKS digital

Wahai ibu bapa sekalian..

Kami para guru tidak mampu untuk memberi pembelajaran dan pelajaran kepada anak-anak anda buat masa ini. Jadi manfaatkan masa yang ada dengan anak-anak sebaiknya diwaktu PKP ini. Disini disediakan akses BUKU TEKS digital yang 100% sama dengan buku teks sebenar. Aktifkan proses pembelajaran di rumah masing-masing mengikut sumber utama yang disediakan oleh KPM ini.

Stay at home. Teruskan dengan budaya membaca. Membaca mampu mengaktifkan minda yang ‘tertidur’.

Lets Read Guyz. #MalaysiaMembaca

LIVE _ ‘Angle’ rakaman TV PSS

Malam ini

Jam 9 malam

Perkongsian secara online dan live bersama Tv Pss SMK Padang Kemunting (SparkTvChannel) : Angle rakaman yang sesuai untuk Tv Pss dan juga video pendek.

Anjuran : PSS Kemunting SMK Padang Kemunting waktu PKP

Pastikan anda menggunakan ‘google meet’ ya.. Jumpa malam ini..

Link akan diberikan 5 minit sebelum bermula. Anda hanya perlu menekan link tersebut untuk ‘join’.

Install dahulu ‘google meet’ atau ‘google hangout meet’ dalam komputer/ telefon akan keluar ikon seperti ini.