Transformasi Pendidikan Digital. Tepat jam 9 malam | 3 April 2020 berlakunya secara ‘live’ pelancara e-class (pendidikan digital) melalui pautan webinar SPLKPM dirasmikan oleh Tuan Hj Shafruddin Hj Ali Husin, Pengarah BSTP KPM yang disaksikan seramai lebih kurang 45++ viewer selama 1 jam. Moderator Techer Kamariah memainkan peranan mengemudi majlis dengan baik sekali.
Waktu PKP ini telah menonjolkan kerja keras pihak BSTP KPM bagi meneruskan kelangsungan pembelajaran secara digital dan TV Pendidikan telah di wujudkan semula dan akan ditayangkan di televisyen (RTM) bermula Isnin ini sesuai untuk pelajar yang tiada tv atau capaian internet. Tahniah BSTP atas inesiatif hebat di waktu yang getir ini. Namun Jadual sebenar TV Pendidikan masih lagi belum dikeluarkan dan yang tular di media sosial itu hanyalah kertas cadangan awal KPM sahaja. Nantikan jadualnya di portal KPM tidak lama lagi.
Jadual TV Pendidikan yang tular ini 👆 adalah TIDAK BENAR.
E-class pula boleh ditonton di youtube bermula hari ini (4-14 April) khas untuk pelajar UPSR, PT3 DAN SPM
So, semuanya atas diri sendiri. Lauk sudah dihidangkan tunggu tuan empunya badan sahaja untuk makan.
Stay at home. Learn at home. Read at home. Stop covid – 19.. Transformasi Pendidikan Digital untuk semua. Selamat belajar.. 🙂😁