Pss Kemunting SMKPK telah melancarkan Program Bacaan 2 minit setiap hari di bulan Ramadhan bagi menggalakkan orang ramai membaca di bulan mulia ini.
Baca 2 minit dimuat naik di FB My Spark Channel setiap hari
1 Hadis 1 hari adalah pilihan sesuai susulan kena dengan umat Islam yang sedang berpuasa di bulan penuh barokah. Pendek infonya, 2 minit sahaja diperuntukkan untuk membaca sekurangnya menarik minat sesiapa sahaja untuk membaca walau sejenak. Jangan lepaskan peluang untuk membaca bahan bacaan yang kami sediakan setiap hari untuk anda semua. Hanya 2 minat, tetapi memberi manfaat yang besar InshaAllah.
Untuk makluman semua pelajar, ibubapa / penjaga dan guru SMK Padang Kemunting..
Bermula 27 April 2020 | Isnin. Proses pembelajaran dan pengajaran telah berjalan semula seperti waktu persekolahan siap berjadual namun ianya tidaklah seperti biasa kerana ianya berlaku secara atas talian atau alam maya. Guru dan pelajar haruslah masuk ke kelas alam maya mengikut Jadual Kendiri Terancang Sempena PKP yang disediakan oleh pihak sekolah.
Guru dan pelajar dibekalkan jadual kelas berbeza dengan kebiasaan iaitu hanya 2 subjek sehari. Diharapkan ianya mendapat kerjasama daripada semua pihak yang terlibat bagi meneruskan kelangsungan proses pembelajaran anak-anak didik walaupun mereka berada di rumah. Di bawah ini diserta Jadual Waktu Kendiri semasa PKP ini. Just ikut jadual ini ya..👇😀
Jadual Kendiri Tingkatan 1 sempena PKP bermula 27 April 2020. #LearnAtHome
Jadual Kendiri Tingkatan 2 sempena PKP bermula 27 April 2020. #LearnAtHome
Jadual Kendiri Tingkatan 3 sempena PKP bermula 27 April 2020. #LearnAtHome
Jadual Kendiri Tingkatan 4 sempena PKP bermula 27 April 2020. #LearnAtHome
Jadual Kendiri Tingkatan 5 sempena PKP bermula 27 April 2020. #LearnAtHome
KEHADIRAN pelajar akan DIREKOD seperti biasa mengikut respon atau penglibatan pelajar itu sendiri ketika kelas PDPC atas talian dijalankan.
Terima kasih atas kerjasama ibu bapa dan penjaga dalam memastikan kelangsungan proses pembelajaran anak-anak di waktu yang agak getir ini 😍
Sukacita dimaklumkan bahawa majalah Dewan Bahasa dan Dewan Sastera keluaran Mei 2020 boleh dibaca secara dalam talian menerusi Laman Web DBP (http://lamanweb.dbp.gov.my) atau boleh terus klik pada pautan
Kami warga PSS Kemunting menyahut seruan Kerajaan Malaysia bagi membudayakan rakyat dengan amalan membaca. Justeru kami abadikan saat membaca jam 11 pagi serentak seluruh Malaysia pada 23 April 2020 disini. Semoga ia berterusan lekat sebagai amalan harian seluruh ummat manusia.
Perkongsian eksklusi bersama Puan Ain Maisarah semalam di program ‘live google meet’ dalam memupuk budaya membaca rakyat Malaysia
Program sebegini sememang bagus untuk anak-anak muda terutamanya dalam mengutip ilmu dan pengalaman daripada seorang yang sudah berjaya melalui budaya membaca.
Perkongsian Antarabangsa menarik ramai peserta termasuk daripada Acheh , Indonesia dan Selatan Thailand
“Bacalah wahai anak muda, kamu akan menemui suatu perkara yang baru setiap hari dan teruskan jangan pernah berhenti kerana setiap hari adalah merupakan hari yang baru buat kita. “
Detik yang ditunggu telah tiba Hasrat menjadikan Malaysia negara pembaca sebagai suatu realiti
Ayuh Rakyat Malaysia….
Jom kita menonton e-Jom Baca Bersama 2020 Peringkat Kebangsaan di Facebook Perpustakaan Negara Malaysia seperti pautan berikut :https://www.facebook.com/PerpustakaanNegaraMalaysia/live/bermula jam 10.30 pagi dan berhenti seketika untuk membaca secara serentak pada jam 11.00 pagi
Selesai sudah program malam sempena April Bulan Membaca #AnakGanuBaca.
Membicarakan budaya membaca antara dua negara. Malaysia Vs Dubai. Sangat menarik dan terbuka.
*Sempat Camilia buat resensi buku. Kemmah boh Camilia sebut.. 😆😆 Lets read guyz…
#ReadAtHome
#JomJ adiJuaraMembaca
Semalam selesai sudah
Program Digital Jalinan Antarabangsa antara SMK padang Kemunting, SK Sultan Ismail dengan UAE dubai.
Terima kasih Sektor Sumber Dan Teknologi Pendidikan JPNT, Bahagian Sumber Dan Teknologi Pendidikan KPM. Atas program Jalinan Antarabangsa antara SMKPK, SK Sultan Ismail dan UAE, DUBAI.