











Pada setiap tahun,SMK Padang Kemunting akan membuat penyampaian anugerah nilam bagi murid dan guru yang membuat nilam. Ini bagi memberi penghargaan bagi pelajar yang mengisi masa lapang dengan membaca. Ianya juga dapat memberi sokongan kepada pelajar yang membuat nilam.

Amalan membaca memberi anda berfikiran luas. Masih ada masa lagi. Mungkin anda yang kami cari.




Ribuan buku-buku menarik menanti anda di Perpustkaan Kemunting SMKPK. Dapatkannya sekarang.. #perkasakanProgramNilam
#programgalakanmembaca
#BangsaMembacaBangsaBerjaya
#

Kepada mereka yang minat kepada tumbuhan hijau, pelbagai tanaman boleh didapati di sini secara jelas
Sesuai untuk proses PDPC
Boleh mencatat NILAM
#SayangiAlamSekitar
Pertandingan permainan dalaman iaitu perlawanan CONGKAK peringkat sekolah akan diadakan tidak lama lagi.

Justeru itu, BILIK BBM sememangnya menyediakan permaian tradisional ini. Anda boleh menggunakannya di waktu yang sesuai seperti waktu PJK dan sebagainya untuk persediaan pertandingan tersebut. Bagi yang tidak menyertai pertandingan pun di alu-alu kan agar permainan tradisional ini tidak hilang ditelan zaman

Selain itu, terdapat juga permainan lain seperti sahibba, catur, scrabber, sudoku.. Dapatkannya di BILIK BBM SMK Padang Kemunting.
Wah.. Datang PSS Kemunting dapat hadiah? Biar betul.. Macam mana tu caranya.. 🤔

Sempena pembukaan pustaka SMKPK 2019, pihak kami menawarkan satu challenge bagi semua murid SMKPK yang mana pengunjung paling aktif ke PSS Kemunting akan menerima ganjaran menarik untuk bulan FEBRUARI






Ha, bukan sahaja dapat ilmu, malah dapat lagi hadiah daripada pihak sekolah.
Jadi tunggu apa lagi, waktu rehat tu singgahlah kami di sini, pelbagai bahan bacaan menarik tersedia untuk semua.
Datanglah ke PSS KEMUNTING, segala kemudahan ini adalah untuk anda.. Dan anda mungkin orang yang kami cari.. Datang pss, menangi hadiah
Kini kami bawakan teknologi yang mampu mengubah latar belakang suatu video atau gambar di SMK Padang Kemunting

Kepada guru guru, aktiviti PDPC akan menjadi lebih menarik dengan menghasilkan video pengajaran dan pembelajaran berkonsepkan animasi digital ini. Boleh ditayangkan dalam kelas dan dijadikan rujukan kepada murid yang tidak hadir ke sekolah.
Murid juga dialu alukan untuk sebarang kegunaan.
Jom datang ke STUDIO TV PSS SPARK TV CHANNEL. MANFAATKAN TEKNOLOGI UNTUK KEMENJADIAN BERSAMA..