Alhamdulillah selesai sudah live google meet bersama YBhg Dato Shushilil Azam Shuib sekitar jam 11 malam. Hampir 2 jam perkongsian demi perkongsian bukan sahaja daripada Dato’, malah turut serta YM Raja Hisyam, En Airil, Haji Akram dan guru-guru. Ilmu yang menggunung tinggi, sangat santai dan terbuka daripada Dato’sendiri yang begitu menekankan bab NILAM supaya digerakkan seiring dengan peredaran zaman.

Pelbagai soalan dan pandangan turut dilontarkan daripada peserta. Respon yang baik daripada semua yang terlibat. Bukan sahaja guru dan pegawai PPD, ikon NILAM pelajar turut serta mendengar perkongsian ke mana hala tuju NILAM di abad PAK 21 ini.
Apa yang dapat disimpulkan disini saya sebagai penulis blog ini adalah yang pertama, program nilam mestilah seiring dengan pss abad ke 21. Kedua, program nilam memerlukan penggemblengan tenaga dari semua warga sekolah bagi menjayakannya, terakhir sekali, cikgu cikgu di luar sana, bantulah anak anak muridmu dalam melaksanakan nilam, supaya nanti kami tidak tersasar dalam memilih bahan bacaan nilam, agar kami dapat menjadi insan yang bermanfaat kepada bangsa, agama dan negara
** Memang sudah terbukti manusia yang berjaya adalah mereka yang membaca.
Jom kita mulakan hari kita dengan membaca..
#NILAMdirumah #AprilBulanMembaca #StayAtHome










