Untuk makluman semua pelajar, ibubapa / penjaga dan guru SMK Padang Kemunting..
Bermula 27 April 2020 | Isnin. Proses pembelajaran dan pengajaran telah berjalan semula seperti waktu persekolahan siap berjadual namun ianya tidaklah seperti biasa kerana ianya berlaku secara atas talian atau alam maya. Guru dan pelajar haruslah masuk ke kelas alam maya mengikut Jadual Kendiri Terancang Sempena PKP yang disediakan oleh pihak sekolah.
Guru dan pelajar dibekalkan jadual kelas berbeza dengan kebiasaan iaitu hanya 2 subjek sehari. Diharapkan ianya mendapat kerjasama daripada semua pihak yang terlibat bagi meneruskan kelangsungan proses pembelajaran anak-anak didik walaupun mereka berada di rumah. Di bawah ini diserta Jadual Waktu Kendiri semasa PKP ini. Just ikut jadual ini ya..👇😀
KEHADIRAN pelajar akan DIREKOD seperti biasa mengikut respon atau penglibatan pelajar itu sendiri ketika kelas PDPC atas talian dijalankan.
Terima kasih atas kerjasama ibu bapa dan penjaga dalam memastikan kelangsungan proses pembelajaran anak-anak di waktu yang agak getir ini 😍
PDPC secara atas talian : Setiap hari Ahad-Khamis
Bermula jam 8.30 pagi – 12.00 tengahari
Transformasi Pendidikan Digital
#stayathome #Learnathome #staySafe













































