‘Angle’ kamera memberi kesan tertentu pada suatu ‘scene’ video -Cikgu Rudy ‘LIVE’

‘Live’ jam 9.15 – 10.45 mlm ( 26 Mac 2020 ). Perkongsian ‘Angle Rakaman Tv Pss’ bersama Cikgu Rudy & Spark Channel.

Selesai sudah satu jam setengah ‘live’ bersama Cikgu Rudy dan team Spark Channel Tv Pss Padang Kemunting dengan perkongsian secara online (google sheet) disertai lebih kurang 40 peserta. Rupanya pelbagai sudut rakaman boleh digunakan dengan tepat/bersesuaian dengan ‘scene’ sesebuah video pendek agar memberi ‘effect’ sepenuhnya pada video tersebut.

Sudut rakaman seperti “eye angle” pula biasanya untuk rakaman pengacara, pembaca berita, temuramah dan sebagainya

“EYE ANGLE” rakaman yang sejajar dengan ‘level’ mata subjek sesuai untuk sesi rakaman pembaca berita, temuramah.

Antara lain yang dikongsikan ialah Bird Eye Angle, High & Low Angle, Frog Eye Angle, Close Up dan OSS.

SYAFIQ SAHARI (kru Spark Channel), 17 tahun mengambil peluang untuk berkongsi bersama dengan begitu banyak ilmu dan pengalaman yang diluahkan terutama setelah berkecimpung dalam dunia penyiaran TV PSS Terengganu. Ini merupakan nilai tambah baginya yang tidak dapat dipelajari sewaktu dalam kelas. Ia juga telah membuka minda dan ruang untuk dia berkomunikasi dengan yakin apabila berdepan dengan khalayak. Tahniah Syafiq (spontan).

Terima Kasih kepada semua yang terlibat. Penghargaan buat Haji Akram (Pengasas TV PSS Terengganu), Cikgu Ja dan Encik Fairuz. Praktikkan sudut rakamn yang betul agar dapat menaikkan ‘level’ TV Pss Terengganu ke tahap yang lebih baik. Jumpa lagi.