Saga Sang Juara

Pada 16 Januari 2020 yang lepas Smk Kemunting telah menganjurkan Pertandingan Merentas Desa Peringkat sekolah. Kemenangan kutipan mata yang terbanyak telah jatuh kepada Rumah Saga. Sekaligus, menjadikan Rumah Saga sebagai juara bertahan sepanjang 6 tahun berturut-turut.

Indahnya Ilmu Apabila Mengalir…

Pada 19 Januari 2020, kami telah menerima pelawat dari Sekolah Kebangsaan Padang Kemunting merangkap jiran kami. Pada hari tersebut juga kami telah menjalankan beberapa aktiviti teknologi green screen dan juga berkongsi sedikit sebanyak tentang selok-belok dalam bidang TvPss.