Wah ! ‘Upgrade’ Taman Herba SMKPK

Nampaknya Taman herba semakin cantik. Inisiatif daripada guru taman herba, guru pertanian sekolah dan staf, Taman Herba As Syifa dalam proses penambahbaikkan dengan penyemaian biji benih semula dan juga Pembinaan Pondok Istirehat di sana.

Segala kerja tambah baik ini telah dijalankan bersama di waktu cuti sekolah akhir tahun 2019. Semangat ya cikgu-cikgu ni.

Jadi, apa tunggu lagi. Proses PDPC amatlah sesuai untuk guru-guru sains terutamanya menunjukkan koleksi tumbuhan sebenar di sini.

Murid pula boleh menambah ilmu pengetahuan dengan membaca pelbagai info menarik dan terkini di sini.

Selamat datang ke Taman Herba As Syifa SMK padang Kemunting.

Jom Warga SMKPK, manfaatkan kemudahan yang kita ada. Kunjungi Taman Herba dan pelajari sesuatu di sana.

Tahniah! Pemenang Peminjam Buku Pertama

Hadiah Pin Baju beserta sijil untuk Peminjam Buku Pertama Tahun 2020

Khadeja Batrisya Bt Mohd Asri, tingkatan 1 Etika

Nur Iqmal Yani Ismadi, tingkatan 1 Etika

Kejutan setelah meminjam buku di PSS Kemunting

Jom pinjam buku di PERPUSTAKAAN KEMUNTING. ‘Aktifkan minda anda dengan membaca’

#LetsReadGuys

#PssKemuntingBest